Secara rasminya, Logo FESKUM bagi sesi 2015 telah pun diputuskan. Legasi Keunggulan dipilih sebagai slogan untuk FESKUM kali ini kerana ia memberi maksud bahawasanya graduan-graduan Universiti Malaysa merupakan insan yang terunggul dari pelbagai aspek termasuklah sahsiah, intelektual, jasmani dan paling utama sekali rohani. Mereka juga bakal meneruskan legasi kecemerlangan tokoh-tokoh negara kita yang telah dihasilkan oleh Universiti Malaya sendiri.
Lambang kuda yang berdiri megah pula dipilih kerana produk-produk Universiti Malaya ini gagah berani ke hadapan dalam aspek kepemimpinan. Tidak gentar dengan cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Terus menyahut segala seruan untuk menggapai kejayaan tanpa mengenal erti penat lelah.
Tulisan FESKUM yang dipenuhi dengan bintang-bintang bergemerlapan menunjukkan pelajar-pelajar kelahiran Universiti Malaya adalah bintang tersebut yang akan menyinari masa hadapan tanah air kita yang tercinta ini.
Sekian.
LOGO RASMI FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA TAHUN 2015.
Comments
Post a Comment